Thursday, September 11, 2014

Nota Filmmaking Episod 10

Texture


Bila kita masuk ke sesuatu tempat atau mengalami sesuatu peristiwa, mata kita sebenarnya mencerap banyak benda. Suasana, orang, perabot, warna, bau, bunyi dsbnya. Perkara tersebut berlaku secara automatik dan diproses oleh minda kita.

Namun bila membikin filem kita mudah terlupa penonton hanya lihat apa yang dirakam oleh kamera. Jadi apa yang selalu berlaku adalah kita hanya merakam perkara-perkara yang ‘obvious’ sahaja. Ini menjadikan visual filem tersebut biasa-biasa sahaja kerana kekurangan maklumat visual.

Oleh itu, ‘texture’ perlu dirakam bagi menarik penonton masuk ke dalam dunia filem kita. Shot-shot tambahan perlu dibuat bagi menambah 'depth' & 'detail' ke dalam visual filem.

Ini adalah sebahagian nota daripada Bengkel Filmmaking di Perpustakaan Taman Tun Dr. Ismail pada 13 Mac 2014 kendalian Razeef Mohd (UiTM) & Mustafa Davis. Ikuti nota lengkap di sini.

Monday, September 8, 2014

Nota Fotografi Episod 1



Pelajaran fotografi pertama dari Ted Adnan Seorang VisualArtist yang saya ingat sampai sekarang adalah jangan sesekali biarkan tali kamera berjuntai dari meja seperti ini. Memang mengundang segala macam mara bahaya!

Antaranya:
  1. Ditarik oleh budak kecil atau kucing
  2. Tersangkut pada orang lalu-lalang
  3. Tersangkut pada kaki sendiri (!)
Pokoknya, tali yang terjuntai ini mengundang kamera anda tersangkut pada sesuatu dan jatuh menyembah bumi. Body boleh retak, lens boleh pecah...

Wednesday, September 3, 2014

Nota Filmmaking Episod 9


Tips Penggambaran Temubual 2

Sebelum ini kita telah bagaimana Mustafa Davis mencipta suasana temubual yang lebih mesra dengan tidak melakukan proses setup di hadapan subjek. Beliau mempunyai satu lagi kaedah bagi mendapatkan temubual yang mantap dari hati. Namun kaedah ini memerlukan seorang pembantu dan wireless mic.

  1. Letakkan wireless mic pada subjek
  2. Ajak subjek berjalan-jalan sambil berbual
  3. Dalam masa yang sama pembantu anda merakam video dari jauh
Kaedah ini memudahkan subjek menjadi lebih selesa kerana mereka tidak begitu sedar kehadiran kamera dan fokus berbual-bual dengan anda.

Ini adalah sebahagian nota daripada Bengkel Filmmaking di Perpustakaan Taman Tun Dr. Ismail pada 13 Mac 2014 kendalian Razeef Mohd (UiTM) & Mustafa Davis. Ikuti nota lengkap di sini.

Tuesday, September 2, 2014

Nota Filmmaking Episod 8


Tips Penggambaran Temubual

Antara cabaran merakam temubual untuk dokumentari adalah subjek yang kaku di hadapan kamera. Nampak sahaja kamera terus kelu seribu bahasa. Kamera kecil pun mereka takut, apatah lagi kamera gred professional untuk broadcasting. Subjek tidak selesa dan anda tidak dapat cerita yang anda mahukan daripada mereka.

Jadi, apa yang boleh dilakukan?

Antara taktik yang digunakan oleh Mustafa Davis adalah tidak melakukan proses setup kamera di depan mata subjek. Keadaan ini menyebabkan subjek merasakan dirinya seperti suspek yang disoal siasat.

Setup kamera di dalam bilik dahulu, keluar dan jemput subjek masuk. Duduk di kerusi temubual terlebih dahulu sebelum menjemput subjek pula duduk di situ. Kemudian barulah mula merakam temubual.

Ini adalah sebahagian nota daripada Bengkel Filmmaking di Perpustakaan Taman Tun Dr. Ismail pada 13 Mac 2014 kendalian Razeef Mohd (UiTM) & Mustafa Davis. Ikuti nota lengkap di sini.