Monday, August 11, 2014

Nota Filmmaking Episod 1

Apa Itu Filem & Filmmaking?

Filem adalah medium visual storytelling atau penceritaan visual. Oleh itu sebelum menghasilkan sesuatu filem atau video persoalan paling besar adalah apa yang anda mahu sampaikan?

Filmmaking adalah proses mengumpulkan pelbagai elemen berlainan dan mengadunkannya bersama.

Peringkat Idea

Pada peringkat awal, kita bermain dengan idea - iaitu sesuatu yang sangat subjektif. Individu berbeza akan mempunyai sudut pandang yang berbeza untuk satu perkara yang sama.

Anda bermula dengan premis - iaitu idea asas filem anda. Sebagai contoh premis filem Lord of the Rings adalah Frodo mahu ke Mount Doom untuk memusnahkan cincin tersebut. Itulah perkara yang menggerakan filem tersebut walaupun Frodo dan rakan-rakannya bergerak ke sana sini, pusing entah ke mana serta pelbagaia rintangan lain.

Menulis cebisan-cebisan dan bibit-bibit idea adalah penting dalam peringkat ini. Selain itu cetusan idea juga boleh dikumpul secara visual melalui lukisan / sketch, rakaman foto dan sebagainya. Anda boleh membina mood board bagi mengumpul segala bahan tersebut dalam satu tempat. Mood board membantu anda untuk melihat koleksi idea secara keseluruhan dan seterusnya memproses idea tersebut dalam minda anda.

Harus diingat kita menghasilkan filem untuk audiens tertentu dan bukannya untuk diri kita sendiri. Kita harus memastikan mereka mengalami sesuatu yang baru melalui filem kita.

Nantikan entri-entri akan datang yang merangkumi keseluruhan proses produksi dari pre-production sehingga post-production.


Ini adalah sebahagian nota daripada Bengkel Filmmaking di Perpustakaan Taman Tun Dr. Ismail pada 13 Mac 2014 kendalian Razeef Mohd (UiTM) & Mustafa Davis. Ikuti nota lengkap di sini.

No comments:

Post a Comment