Friday, August 29, 2014

Nota Filmmaking Episod 7

Penggambaran Prinsipal Untuk Dokumentari


Apa yang anda perlu rakam?

  1. Shooting Ratio - 70:1
  2. Temubual - mencipta keintiman
  3. B Roll / Action Footage
  4. Coverage / Texture / Babak lengkap (Mula, pertengahan, penutup)
  5. Establishing shot

Ingat, audiens hanya lihat apa yang dirakam oleh kamera.

Panduan Penggambaran Temubual

  1. Cari tempat yang senyap
  2. Gunakan latar yang mempunyai visual yang menarik
  3. Terbuka dengan subjek temubual dan buatkan mereka selesa untuk berkongsi
  4. Pastikan mereka selesa
  5. Gunakan krew yang minima
Ini adalah sebahagian nota daripada Bengkel Filmmaking di Perpustakaan Taman Tun Dr. Ismail pada 13 Mac 2014 kendalian Razeef Mohd (UiTM) & Mustafa Davis. Ikuti nota lengkap di sini.

Tuesday, August 26, 2014

Nota Filmmaking Episod 6


Jenis-jenis Shot

1. Close up
2. Extreme close up
3. MCU - Medium close up
4. Medium
5. Medium long
6. Full shot
7. Long shot
8. Extreme long shot

Ini adalah sebahagian nota daripada Bengkel Filmmaking di Perpustakaan Taman Tun Dr. Ismail pada 13 Mac 2014 kendalian Razeef Mohd (UiTM) & Mustafa Davis. Ikuti nota lengkap di sini.

Thursday, August 21, 2014

Nota Filmmaking Episod 5

Krew & Peralatan

Baik, sekarang anda sudah ada jelas apa yang anda mahu rakam. Jadi, apa yang perlu sekarang adalah krew & peralatan.

Krew Asas
1. Videografer
2. Audio Operator
3. Produser
4. Pengarah

Ya, anda memang boleh shooting seorang diri tetapi harus diingat bahawa anda perlu memainkan perananan keempat-empat orang di atas.

Krew Lengkap
1. Executive Producer - Mendanai filem, memiliki hak harta intelek
2. Produser - Bisnes, logistik, pengurusan
3. Pengarah - Pembuat keputusan kreatif, pengurus, pemimpin pasukan
4. Director of Photography (DP) - Merakam filem, menetapkan stail visual
5. Sound Person - Merakam audio
6. Editor - Edit filem dan menggabungkan keseluruhan kisah

Peralatan Penggambaran
1. Kamera
2. Peralatan rakaman bunyi
3. Pencahayaan
4. Komputer
5. Software editing

Kamera terbaik adalah kamera yang anda miliki sekarang. Jangan terperangkap dengan fenomena gila gadget.

Ini adalah sebahagian nota daripada Bengkel Filmmaking di Perpustakaan Taman Tun Dr. Ismail pada 13 Mac 2014 kendalian Razeef Mohd (UiTM) & Mustafa Davis. Ikuti nota lengkap di sini.

Friday, August 15, 2014

Nota Filmmaking Episod 4

Storyboard

Storyboard membantu anda untuk merancang penggambaran secara lebih visual. Ini bukannya komik yang perlu dilukis secara terperinci tetapi sekadar cukup untuk menyenaraikan semua shot dan aliran cerita.

Melakukan penggambaran mengikut storyboard bukanlah satu kewajipan
- Iklan, animasi & filem betul-betul mengikut storyboard
- Dokumentari & TV tidak begitu mengikut storyboard

Ini adalah sebahagian nota daripada Bengkel Filmmaking di Perpustakaan Taman Tun Dr. Ismail pada 13 Mac 2014 kendalian Razeef Mohd (UiTM) & Mustafa Davis. Ikuti nota lengkap di sini.

Wednesday, August 13, 2014

Nota Filmmaking Episod 3

Bagaimana Anda Menceritakan Sebuah Kisah?


Premis

Anda bermula dengan premis - iaitu idea asas filem anda. Sebagai contoh premis filem Lord of the Rings adalah Frodo mahu ke Mount Doom untuk memusnahkan cincin tersebut. Itulah perkara yang menggerakan filem tersebut walaupun Frodo dan rakan-rakannya bergerak ke sana sini, pusing entah ke mana serta pelbagai rintangan lain.

Tidak kira apa pun babak yang ditambah ke dalam sesebuah filem, semuanya menyokong satu premis yang sama.

Perkara paling penting adalah struktur bagi membolehkan kisah tersebut menjadi kukuh dan dapat diikuti audiens. Ada beberapa struktur yang boleh diikuti:
1. Basic 3 Parts Story
2. 4 Acts Structure
3. 12 Steps Hero Journey

Cerita yang bagus lebih penting berbanding sinematografi yang bagus. Cerita yang bagus dirakam menggunakan smartphone akan mengalahkan cerita yang hampeh dirakam menggunakan kamera 4K.

Simplify! Mudahkan!

Anda tidak akan berada dengan audiens untuk menerangkan kepada mereka. Mulakan dengan sesuatu yang kecil dan pastikan audiens memahaminya. Kemudian tambahkan lagi apabila anda sudah pasti mereka memahaminya.

Jangan seronok sangat untuk masukkan segala yang anda suka ke dalam filem. Adakalanya memotong dan membuang itu perlu. (Malah itu yang lebih banyak perlu dilakukan!)

Ini adalah sebahagian nota daripada Bengkel Filmmaking di Perpustakaan Taman Tun Dr. Ismail pada 13 Mac 2014 kendalian Razeef Mohd (UiTM) & Mustafa Davis. Ikuti nota lengkap di sini.

Tuesday, August 12, 2014

Nota Filmmaking Episod 2

Pre-Production / Pra-Produksi

Ramai yang bila ada idea terus ghairah untuk mula shooting kemudian jadi macam-macam masalah. Lokasi terlalu ramai orang, lighting tak sesuai, bateri kong dan sebagainya. Sudahnya, bila balik nak edit shot yang dimahukan pun tak cukup!

Oleh itu pada fasa ini anda melakukan perancangan dan cuba menyelesaikan masalah dari awal. Ini adalah fasa yang sangat mustahak di mana seboleh mungkin segala halangan untuk produksi cuba diselesaikan terlebih dahulu.

Apa yang berlaku pada fasa ini?
- Idea & Konsep
- Sinopsis
- Proposal / Kertas Kerja (Kalau perlu untuk dapat penaja / kelulusan)
- Pitching idea
- Pembangunan awal skrip
- Treatment (Satu perenggan yang menerangkan setiap babak)
- Storyboard
- Bajet
- Senarai peralatan
- Recce (Tinjauan lokasi penggambaran)
- Rujukan
- Mood & Tone Pengarah

Kerja rumah ini memastikan anda tahu betul-betul apa yang mahu dirakam dan bagaimana mendapatkan semua shot dengan cara paling efisyen.

Kerja rumah saya sebelum shooting DVD Mahir Mengaji
Dalam entri seterusnya kita akan lihat tentang seni penceritaan kisah.

Ini adalah sebahagian nota daripada Bengkel Filmmaking di Perpustakaan Taman Tun Dr. Ismail pada 13 Mac 2014 kendalian Razeef Mohd (UiTM) & Mustafa Davis. Ikuti nota lengkap di sini.

Monday, August 11, 2014

Nota Filmmaking Episod 1

Apa Itu Filem & Filmmaking?

Filem adalah medium visual storytelling atau penceritaan visual. Oleh itu sebelum menghasilkan sesuatu filem atau video persoalan paling besar adalah apa yang anda mahu sampaikan?

Filmmaking adalah proses mengumpulkan pelbagai elemen berlainan dan mengadunkannya bersama.

Peringkat Idea

Pada peringkat awal, kita bermain dengan idea - iaitu sesuatu yang sangat subjektif. Individu berbeza akan mempunyai sudut pandang yang berbeza untuk satu perkara yang sama.

Anda bermula dengan premis - iaitu idea asas filem anda. Sebagai contoh premis filem Lord of the Rings adalah Frodo mahu ke Mount Doom untuk memusnahkan cincin tersebut. Itulah perkara yang menggerakan filem tersebut walaupun Frodo dan rakan-rakannya bergerak ke sana sini, pusing entah ke mana serta pelbagaia rintangan lain.

Menulis cebisan-cebisan dan bibit-bibit idea adalah penting dalam peringkat ini. Selain itu cetusan idea juga boleh dikumpul secara visual melalui lukisan / sketch, rakaman foto dan sebagainya. Anda boleh membina mood board bagi mengumpul segala bahan tersebut dalam satu tempat. Mood board membantu anda untuk melihat koleksi idea secara keseluruhan dan seterusnya memproses idea tersebut dalam minda anda.

Harus diingat kita menghasilkan filem untuk audiens tertentu dan bukannya untuk diri kita sendiri. Kita harus memastikan mereka mengalami sesuatu yang baru melalui filem kita.

Nantikan entri-entri akan datang yang merangkumi keseluruhan proses produksi dari pre-production sehingga post-production.


Ini adalah sebahagian nota daripada Bengkel Filmmaking di Perpustakaan Taman Tun Dr. Ismail pada 13 Mac 2014 kendalian Razeef Mohd (UiTM) & Mustafa Davis. Ikuti nota lengkap di sini.