Thursday, May 17, 2012

iPad - Editor Video Mudah Alih


Dengan menggunakan Camera Connection Kit, videografer kini boleh memindahkan video terus kepada iPad. Pengguna mempunyai pilihan menggunakan sambungan USB seperti di atas atau menggunakan kad SD. Secara peribadi, saya telah menguji memindahkan data daripada Nokia N8 dan Canon 550D. Setelah dipindahkan, pengguna boleh terus mengeditnya menggunakan iMovie yang boleh didownload daripada App Store.

Terdapat beberapa pilihan templat bersama aplikasi ini dan juga beberapa soundtrack bagi menyerikan video yang diedit. Pengguna juga boleh merakam voiceover bagi memberikan narration bagi video yang diedit. Akhir sekali, pengguna boleh render terus video di dalam iPad dan upload ke YouTube dan Vimeo.

Salah satu contoh adalah seperti video di bawah:





Thursday, May 3, 2012

Tripod Kamera





Apabila merakam video, menstabilkan kamera adalah salah satu perkara penting. Bagi kamera video biasa dan DSLR, ada banyak pilihan tripod dan peralatan lain kerana sudah ada lubang skru. Tetapi bagaimana pula dengan telefon bimbit?

Peralatan yang perlu dicari adalah phone tripod di mana alat tersebut mempunyai 'bracket' yang memegang kamera. Kemudian barulah disambung kepada tripod biasa melalui lubang skru. Kebiasaannya phone tripod datang dalam pakej mini tripod dan bracket.

Harganya? Kalau di kedai mungkin mencecah RM100 namun penjual online di Mudah.my biasanya menjual pada harga sekitar RM20 hingga RM30 sahaja.

- Posted using BlogPress from my iPad